jom follow misz waowa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 19 August 2011

peNgaJaRaN beRsAma

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي

assalamualaikum

mari baca ape yg misz wa nk kongsikn bersama..
jom terjah.. hehe
mari sama2 kita ambil iktibar dan pengajaran seterusnya muhasabah diri... =D


PENGAJARAN PERTAMA (anda tergolong?? tepuk dada tanya selara)



  • apa guna jadi lelaki kacAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK...
  • Apa guna jadi perempuan cantIK, kalau Pukul 12 tengahari pun tak celik-celIK...
  • Apa guna umur besar panjANG, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukANG....
  • Apa guna Allah bagi hidaYAH, kalau nak solat pun sikit punya paYAH...
  • Apa guna jadi manusIA, kalau umur Allah bagi kita sia-sIA..
  • Apa guna harta melimPAH..kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun suSAH...
  • Apa guna pangkat beSAR...kubur dah dekat pun masih tak seDAr..

PENGAJARAN KEDUA (yup that right)


Nujum Masai:Jika tuan bijaksana, marilah jawab soalan hamba.
Pak Belalang:Silakan Nujum Masai.
Nujum Masai:Apakah 1-banyak2, 2-sikit2, 3-kaddang2, 4-jarrang2?
Pak Belalang:Ah, itu senang saja. Jawabnya Terawih!!
Nujum Masai:Jelaskan.
Pak Belalang:"1- Baanyak2" bermaksud minggu pertama byk orang dtg terawih. "2-sikit2" minggu kedua sudah sedikit org dtg terawih. "3-kaddang2" pd minggu ketiga kadang2 saja org akan dtg tarawih, & "4-jarrang2" pd minggu keempat jarang2 jumpa org dtg terawih.



PENGAJARAN KETIGA (sama2 kita muhasabah diri)

  • Jgn bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita ialah TANAH LIAT
  • Jgn bangga dgn rumah bagus dan besar kerana rumah terakhir kita ialah KUBUR
  • Jgn bangga dgn baju bagus kerana baju terakhir kita ialah......KAIN KAFAN
  • Jgn bangga dgn kereta motor besar, kerana kenderaan kita yg terakhir ialah KERANDA


mari sama kita muhasabah diri..


bersyukur dengan nikmat yg diberikan Allah..


Thursday 18 August 2011

~waJiB baCa~ JadiKan ia pEnGajaRan..sunGgUh seDiH


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي

assalamualaikum


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 

Ateh  menjawab, “Entah.” 


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 


Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Wednesday 17 August 2011

Ya Allah taBaHkaN LaH haTiKu

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي
assalamualaikum..

sungguh misz wa hari nie terasa sedih dengan seorang hamba Allah nie..
akhirnya menitis jua air mata misz wa di ramadhan ke 17..
kalau selama ini misz wa tahan dgn kata2 nya.. tapi hari ini misz wa kalah..
daripada kata2 dye membuatkan hati terasa perit nk terima hakikat bahawa kata2 itu keluar drpd mulutnya..
betapa berbisa tuduhan yg dilemparkan tanpa usul periksa.. tuduhan yg xberasas..
menitis air mata dituduh begitu.. misz wa xsangka kata2 itu keluar drpd mulut org yg pernah misz wa syg..
ya Allah, tabahkan lar hati hambamu ini..
sesungguhnya jika ini dugaan yg diberikan di bulan ramadhan, ku terima dengan redha ya Allah..
sesungguhnya aku mohon agar teguhkan imanku, kuatkan hatiku untk hadapi dugaan ini..
kepada hamba Allah yg dah mengguriskan hati misz wa..
terima kasih banyak2 sebab lemparkan kata2 mcm tuh pada misz wa..
terpulang lar utk kata apa2 pown.. sesungguhnya Allah sentiasa bersama misz wa.. =)


Monday 15 August 2011

~cuba untuk memahami~

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي
assalamualaikum..
tetiba je misz wa rasa nk tacing (merajuk) ngan my BFF 'Mr. B'
entah lar.. tetibe jer perasaan tuh dtg..
geram + marah + sakit hati = ge ma sa ha (aiyok smpai xthu da ape rasa nye)
hehe bukan nye selalu misz wa merajuk.. selama nie kalau tacing pon diam2 kn jer..
wat dont know jer ngan perasaan tuh..
tp malam nie ish memang xbley lar.. misz wa xckp kt dye tp luahkan kt cnie.. bley xgtu?? hehe
misz wa cuba untuk faham dye.. yup dye sibuk keje.. ok.. tp kadang2 tuh xbley nk fhm..
mungkin bila waktu2 misz wa perlukan 'Mr. B' tp dye xda.. em i'm alone.. T_T
tp xpelah misz wa kne faham yg Mr. B tuh dye sibuk ngan keje.. bukn buat perkara yg bukan2..
so misz wa! make sure your BFF bz dgn keje k.. think positive dear.. 
enough.. rilex.. think positive.. smile.. =) 

JANGAN PERNAH BERUBAH


ATTENTION to Muhamad Bukhori b. Muhamad Ahyat.. JANGAN PERNAH BERUBAH ok..
ilysm!! ><
ops...!! lebih sudah.. hehe


Sunday 14 August 2011

9 PeRkaRa bUkTi LeLaki iTu RumiT


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي
assalamualaikum


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.


5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati
.


Don't be sad.. Jadilah wanita yang paling BAHAGIA.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي



assalamualaikum..

Selamat Datang...
Saudariku yang mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan khusyuk.

Selamat Datang...
Saudariku yang berhijab (berjilbab), pemalu, anggun, lagi berkeperibadian yang kukuh.

Selamat Datang...
Saudariku yang selalu belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan kelurusan hati.

Selamat Datang...
Saudariku yang memenuhi janji dan memegang amanah, yang jujur dan mempercayai kebenaran.

Selamat Datang...
Saudariku yang penyabar, selalu berharap akan pahala Allah, bertaubat dan sentiasa kembali ke jalanNya.

Selamat Datang...
Saudariku yang selalu berzikir, bersyukur, berdoa lagi penuh kesedaran.

Selamat Datang...
Saudariku yang meneladani Aisyah (isteri Fir'aun), Maryam dan Khadijah.

Selamat Datang...
Saudariku yang mendidik calon-calon pahlawan dan mencetak calon-calon tokoh yang terkemuka.

Selamat Datang...
Saudariku yang menjaga nilai-nilai dan memelihara suri teladan.

Selamat Datang...
Saudariku yang merasa terusik terhadap pelanggaran ketentuan yang diagungkan dan dihormati, serta menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram.



Thursday 11 August 2011

alhamdulillah interview berakhir..!!

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي
assalamualaikum..
syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,
bersyukur kepada Allah SWT kerana mempermudah segala urusan misz wa
alhamdulillah..
pagi td misz wa ade interview dengan lecture utk pelajar yang baru habis prctical..
termasuk lar misz wa salah seorang pelajar yg akan di interview..

bila dapat tahu senarai nama yang misz wa kne interview dengan puan Fazidah yang xpernah 
mengajar misz wa, dalam otak hanya fikirkan negative sahaja.. apatah lagi
macam2 yang misz wa dengar.. dan semua yang kwn2 misz wa cakap cukup membuatkan
perut misz wa kecut akibat ketakutan, berdebar2, gelisah, pucat dan sewaktu dengan nya..
takot xdapat jawab soalan yang diberikan.. hanya Allah shj yg tahu perasaan misz wa ketika tu.. 
sampai shj giliran misz wa utk interview.. fuh rilex wa! kuat! chaiyok3!!
bila masuk jer terus tgk muka puan fazidah.. fuh kecut! serius..!
tapi lama kelamaan bila puan fazidah soal dan misz wa dapat jawab, segala ketakutan berakhir..
rupa2 nya apa yg misz wa dgr drpd kwn2 tuh xadalh semuanya btol..
puan fazidah ok jer.. formal sikit tuh adat lar kn.. kata interview.. hehe
terima kasih banyak2 puan fazidah..
betul kata my lovely 'Mr. B', 'dye pun manusia juga, bukn harimau dye xmakan org, aggap shj interview itu satu perjumpaan biasa antara lecture dan pelajar.. dont wory..!
dari apa yg misz wa lalui hari nie misz wa dpt sesuatu iaitu
> jgn pk negative sebelum kita kenal siapa org tuh sebenarnya..
> jgn dengar apa yang org lain nk ckp
> jgn mudah menilai org dari luaran dan pandangan pertama
  
* semuanya dah berakhir..! wa..! esok ada kuiz Auditing dan Management Accounting..
   note blom bce lg nieh.. skrg misz wa nk fokus pada kuiz esok.. doa2 kan misz wa nyer..

Tuesday 9 August 2011

ops!! semalam xupdate~lala

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي
assalamualaikum..
semalam misz wa xsempat nk luangkan mase lima minit seperti yg misz wa jnjikan.. 
sedih jer.. semalam misz wa btol2 busy sgt2..
ade homework ckit lecture surh buat.. 'calculation'.. subject FA (Financial Accounting)
bila dah bab 'calculation' nie misz wa bersemangat ckit nk stdy.. hehe


misz wa suka nombor.. jd bile da dpt soalan 'calculation' misz wa kne fokus..
(cewah)... hehe 
tapi kan stu jer misz wa xcke.. ble dah excited buat2 tup xdapat jwpn..
huh!! tuh memg mematahkn semangat misz wa...


tapi kalau kita xwat salah kita xkan belajar dari kesilapan...
so, bagi misz wa, biar lah buat salah banyak mana sekali pun sekurang2 nya,
dari kesilapan itu lar kita tahu apa salah kita.. biar kita buat, kita berusaha sendiri,
walaupun kita xconfident dgn jwpn tuh, ingt! sekurang2 nya kita berusaha untuk buat
daripada orang yang xbuat apa2 dan xtahu dimana kesalahannya..


misz wa nk ingatkn kepada korang semua dan diri misz wa sendiri..
yg kita xbley kedekut ilmu taw.. ilmu tuh lebih bagus kalau kita kongsi bersama..
walaupun ilmu yang kita tahu itu sedikit jika kita kongsikan kepada orang lain..
ia akan bertambah.. dan terus bertambah.. 


ingat.. kongsi ilmu xpe.. jgn kongsi suami.. no3.. misz wa pon xrela.. hehe
~sharing is caring~
but not 'husband' k.. hehe

Sunday 7 August 2011

~buaH haTi keLuaRga~ syG buLaT!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي
assalamualaikum...
misz wa kembali berblogger..huhu
kt cnie misz wa ade someting nk kongsi..
mari dekat.. mari dekat.. kite terjah!! haha
nie dye misz wa nk perkenalkan buah hati keluarga kami..
Muhammad Amir Amsyar b Mohd Affendi

haa... nie lar dye anak sedara misz wa.. masa nie umur dye 7 bulan...
cute kn.. berkaca mata lagi uh.. huhu...
nk kua jalan2 time nie... jom kite tgk next pic dye...
ting! comel x?? berbaju melayu warna pink lagi tuh...
mase nie tahun kedua kami raya dengan amsyar... gmbar nie mase umrnye
1 tahun 3 bulan.. baru belajar berjalan... mak lang (akk misz wa) yang amik gmbar nie..

cetengok gmbar nieh.. tembam kn amsyar..
dye memg suka amik gmbar.. macam2 gaya lar dye buat nti..miss u lar bulat!!
perut nyer bulat cm perut doremon!! huhu.. amsyar3..=D


peace yo! mak tih..



kalau bab posing bg lar kt budak bulat nieh.. memag macam2 gaya lar dye buat nti..hehe

tembam kn... ngee rase nk gigit jer pipi nyer! ahakz
kami sekeluarga panggil dye BULAT... kalau tgk pon dah tahu knp kami pggil amsyar 'bulat'..
tangan dye jer lebih besar daripada mak tih nye (misz wa lar tu)..hehe..

ala tangkap lentok lar anak buah mak tih nie..ngee!! muahahah

peace yoo! mama.. nie kt kedah.. adik nie mat jambu lar.. pink gtu..!
AMSYAR DA SEKOLAH LAR MAK TIH..
AMSYAR DAH BESAR DA..BLEY PERGI SEKOLAH MACAM MAK TIH...
cute kn....
smart lar anak buah mak tih nieh... pakai tye lagi tuh...
belajar pandai2 ye syg...
skrg amsyar dah lima tahun.. dah masuk tadika..

dialog antara misz wa dengan misz wa..
misz wa : adik kt sekolah ramai kawan x??
amsyar : ramai mak tih.. ada 10 org kwn adik (dye senaraikan kesepuluh kwn2 nyer dan semuanya lelaki)
misz wa : semua nye lelaki ke adik?? kwn pempuan xda??
amsyar : adik xkawan ngan budak prmpuan... hehe
misz wa : bagus nye anak buah mak tih nie.. hehehe

Saturday 6 August 2011

~daH LamE xupDaTe rupEnyEr~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي
assalamualaikum...
rindu nyer misz wa pada blog nieh...
dah lme xupdate... maaf lar yer misz wa bz ckit..
maklum lar still stdy lg.. apatah lagi di tahun akhir2 nieh..
rase memg xckup masa utk update blog nieh.. 
bila kwn misz wa tegur dye kata 'npe da lme xupdate blog?'
and ade juga sorang akk nie tegur kata ye 'lame blog menyepi'..
bru lar misz wa perasan yang blog nie memang da lme x "mack up" (cewah)..hehe


bile bz memg btol2 bz.. ble ade mase terluang abzkn mse tok tdo..
hehehe.. qada 'tido' lar katakn.. sampaikan kwn misz wa kata..
'hargai masa yang ada utk qada 'tido' wa.. (needa lulu)
haruslah!! *_^


mungkin selepas nie misz wa akan luangkan sekurang2 nye lima minit 
utk 'mack up' blog nieh...hehehe
at least dapat juga misz wa kongsi sesuatu dengan korang smue..
ok jom kite tgk ape yang misz wa nk kongsi kn korang smue..!
see u next post! ngee *_^